Trio Gagah Sdn Bhd Ditubuhkan Sebagai Alat Penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan Untuk Menggalakan Pemilikan Saham Dalam Sektor Korporat Di Kalangan Bumiputera, Dan Memberi Peluang Perniagaan Kepada Golongan Orang Ramai Mahupun Golongan Profesional Bumiputera Untuk Menyertai Pewujudan Dan Pengurusan Harta.
Trio Gagah Sdn Bhd Juga Membuka Peluang-peluang Perniagaan Kepada Orang Ramai Untuk Menjana Pendapatan Dari Segenap Perniagaan Dan Memberi Faedah Serta Manfaat Kepada Ahli-ahli Yayasan. Sebagai Sebuah Entiti Pelaburan Bagi Pihak Yayasan, Fungsi Teras Adalah Untuk Menilai, Memilih Dan Memperoleh Portfolio Saham-saham Yang Kukuh Dalam Syarikat-syarikat Berhad Yang Mempunyai Potensi Pertumbuhan. Sebagai Sebuah Organisasi Yang Mengkhususkan Dalam Bidang Pelaburan, Trio Gagah Sdn Bhd Pada Dasarnya Bertindak Sebagai Gudang Di Mana Pemilikan Saham Di Dalam Syarikat-syarikat Berhad Ini Ditempatkan Dalam Dana Amanah Dan Di Jual Kepada Pemegang Unit Dalam Bentuk Unit-unit Yang Lebih Kecil.
Trio Gagah Sdn Bhd Komited Terhadap Keharmonian, Keselamatan Dan Alam Sekitar Dengan Menjamin Pulangan Keuntungan Kepada Pelabur Dan Kesejahteraan Pelanggan. Trio Gagah Sdn Bhd Mengambil Langkah Yang Efektif Dan Professional Dalam Hal Pengurusan Kewangan Untuk Melantik Dan Berkobelerasi Dengan Beberapa Buah Agensi Bank Yang Ternama Di Malaysia Serta Syarikat Korporat Yang Kukuh Dalam Usahasama Untuk Menjalankan Semua Projek-projek Atau Program Yang Dilancarkan.

0 comments:
Post a Comment